Rider Food Panda Ipoh Hulur Sumbangan Pada Geland4ngan Dipuji

Apa yang terjadi pada dunia hari ini sememangnya memberikan k3san kepada semua orang. Tidak kira apa juga pangkat dan gelaran, pelbagai lapisan turut terkesan dengan wab4k Cov1d-19 ini.

Bukan hanya sekadar kes4n pada kesihatan, malah ekonomi dan pendapatan juga. Biarpun begitu, pada waktu sebegini dapat kita lihat nilai kemanusiaan yang ada pada seseorang itu.

Jika sebelum ini pelbagai sumbangan telah diberikan oleh golongan selebriti, pereka fesyen dan sebagainya, tidak kira apa juga bantuan namun ia memberikan kelegaan kepada manusia lain.

Baru-baru ini tular pula dengan beberapa foto yang memaparkan rider Food Panda Ipoh hulur sumbangan pada geland4ngan di kawasan sekitar bandaraya tersebut.

Menerusi perkongsian oleh laman Facebook Viral Perak itu kelihatan beberapa orang rider Food Panda Ipoh sedang giat hulur sumbangan pada golongan geland4ngan. Malah ada juga yang turut menyumbangkan makanan kepada barisan polis yang membuat sekatan jalan raya. Memang terbaiklah usaha mereka ini!

Perkongsian oleh laman Facebook ini telah meraih perhatian ramai dan rata-ratanya memuji usaha rider Food Panda Ipoh ini.

Berikut antara reaksi netizen yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian itu:

“Terbaik dari food panda team Ipoh, semoga murah rezeki untuk u all guys”

“Terbaik..Semoga semuanya diberi kesihatan yang terbaik”

“Inilah baru dikatakan Masked Rider!”

Sumber: Facebook Viral Perak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*