Nizam Laksamana bawa keluarga buat saringan, bapa mertua sah p0sitif C0vid-19 – “Sehari sebelum PKP saya jumpa dia di kampung”

Nizam akur dengan arahan kerajaan mendapatkan saringan jika ada hubungan dengan pes4kit.

GARA-GARA mempunyai kontak rapat dengan pes4kit p0sitif Cov1d-19, penyanyi Nizam Laksamana dan keluarganya bergegas ke hospital bagi menjalani uj1an sar1ngan.

Kata Nizam bapa mertuanya dis4hkan dijangk1ti C0vid-19 pada Isnin.

“Bapa mertua dimasukkan ke w4d semalam…. hari ini (Selasa) pukul 10 pagi saya, isteri dan dua anak perempuan akan membuat saring4n C0vid-19.

“Ini kerana kami ialah casual contact dengan bapa mertua yang p0sitif C0vid-19,” katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.

Bersama status tersebut, bekas peserta program Gegar Vaganza musim kedua ini turut memuat naik sekeping foto ketika menjalani saringan tersebut.

Sementara itu, Nizam memberitahu dia dan keluarga pulang ke kampung bertemu bapa mertuanya itu sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa di Malaysia pada 18 Mac lalu.

Perkongsian Nizam di Facebook meng3jutkan ramai pengikut.

“Sehari sebelum perintah PKP saya ada berjumpa dengan mertua di kampung. Kami reda dan akan mengikut seperti arahan pihak berwajib.

“Kami tak ingkar kerana kami tahu tanggungjawab untuk kesejahteraan orang lain.

“Semoga Allah SWT melindungi kami dengan rahmatNYA,” ujarnya.

Rata-rata pengikutnya di laman tersebut mendoakan supaya Nizam bebas daripada jangk1tan v1rus tersebut.

Malah ada juga yang memuji sikap bertanggungjawab penyanyi lagu Gugurnya Bunga Cinta ini yang segera ke hospital mendapatkan saringan awal.

Sehingga Isnin, sebanyak 156 k3s baharu p0sitif C0vid-19, menjadikan jumlah 2,626 k3s di Malaysia setakat ini.

Ia menyaksikan jumlah kem4tian sebanyak 37 k3s, manakala seramai 479 pes4kit sudah sembuh dan dibenarkan pulang.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*