Batal Perjalanan Ke Jakarta, Aishah Sinclair & Keluarga Baca Yasin Di Aplikasi Zoom

Penyampai radio Mix, Aishah Sinclair mendedahkan sepatutnya dia dan keluarga berada di Jakarta, Indonesia pada hujung minggu lalu sempena genap 40 hari pem3rgian pelakon Allahy4rham Ashraf Sinclair.

Walaubagaimanapun, mereka terpaksa mengubah plan dan berkumpul di aplikasi Zoom termasuk ustaz yang mengetuai majlis tahlil.

“Post tahlil family shot. Ayah terlepas kerana sambungan taliannya mempunyai masalah.

“Kami semua sepatutnya berada di Jakarta hujung minggu ini, tetapi w4bak Kor0na mempunyai rancangan lain.”Oleh itu, kami memutuskan untuk bertemu di Zoom, dengan ustaz yang memimpin tahlil turut sama berada dalam talian dengan kami. Hubungan intim keluarga Bunga, beberapa kawan rapat dan kami,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, Aishah tidak melupakan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mengingati arw4h dalam doa.

“Kami semua sedang berusaha lebih baik sekarang. Beberapa hari lebih sukar daripada yang lain, tetapi kami menghadapi dengan cara kecil kami sendiri.

“Saya tahu ramai orang membaca Yasin dari jauh juga, bukan hanya untuk hari ke-40 Ash yang telah berlalu, tetapi sebelum itu juga. Kerana itu kami bersyukur buat selama-lamanya,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Ashraf men1nggal dvnia akibat ser4ngan jantvng kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari.

Allahy4rham telah dikebvmikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Allahy4rham meningg4lkan seorang balu, Bunga Citra Lestari (BCL) dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*