“Ada rezeki nanti inshallah masak untuk kakak2 nurse pula ya”- Elizad

Nama pelakon jelita dan penyampai radio terkenal, Siti Elizad mendapat perhatian ramai sejak akhir-akhir ini apabila dia menghargai sumbangan anggota bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apa yang dilakukan oleh Siti Elizad turut mencuri tumpuan peminat dan netizen yang memuji tindakannya dimana dia telah menyediakan makanan untuk diberikan kepada anggota polis dan tentera bertugas di beberapa kawasan.

Elizad masak untuk 100 bungkusan dipuji ramai

Bukan itu saja, Siti Elizad dipuji ramai kerana makanan disediakan itu dimasak olehnya yang dilaporkan sebanyak 100 bungkusan yang diagihkan kepada mereka.

Dalam pada itu, Siti Elizad menerusi Instagram juga berterima kasih dengan doa yang diterimanya terutama mengenai zur1at.

Elizad seronok masak

Ujarnya menerusi Instagram juga, dia mengatakan dirinya gembira memasak dan meluahkan perasaannya selain dia turut berkata jika ada rezeki dia mahu memasak untuk nurse pula.

Dalam pada itu, dia turut berkata tidak sampai hati melihat anggota yang bertugas berpanasan melakukan sekatan jalan raya depan rumah selain mengharapkan doa yang baik-baik untuk semua.

“Terima kasih @myhmrap & terima kasih buat yg mendoakan saya, especially tentang zur1at. Actually i cook becoz i enjoyy cooking. Sedap tak sedap tak tau lah. Saya takde helper, jadi nak masak banyak2 setiap hari tu tak mampu.

“Tak sampai hati tengok mereka berpanasan roadblock depan rumah ni. Ada rezeki nanti inshaallah masak untuk kakak2 nurse pula ya.” Katanya.

Di ruangan komen, rata-rata memberikan respon positif dengan apa yang dilakukan oleh selebriti ini sekali gus turut mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.

Reaksi ramai

Sumber: Instagram Siti Elizad, Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*