[Viral] Lelaki Melayu Pertama Yang Kahwin Sejenis Di Australia ?

Baru-baru ini, rata-rata pengguna media sosial terutamanya di laman Twitter kecoh dengan berita mengenai seorang lelaki Melayu yang melangsungkan perkahwinan sejenis dengan pasangannya secara sah di Australia pada minggu lalu.

Kemaskini dimuat naik seorang pengguna Twitter bernama Amrl Hfz‏ (@mirulhafez) mendakwa lelaki Melayu terbabit telah lupa diri dan ‘hanyut’ sejak tinggal di luar negara dan mendirikan rumah tangga dengan pasangan songsangnya.

“Buat teladan masing-masing jela eh. Anak Melayu ni bro, tapi last-last hanyut bila dah stay oversea. Sayang betul,” tulis Amirul Hafez di Twitter, pada minggu lalu.

Turut dimuat naik adalah beberapa keping gambar memaparkan lelaki Melayu terbabit memakai baju Melayu, bergambar di luar negara dan semasa majlis perkahwinan pasangan terbabit – yang berlangsung bertemakan ala koboi.

lelaki melayu

Seperti yang djangka, rata-rata netizen sememangnya terkejut dengan berita tersebut dan masing-masing melontarkan reaksi tersendiri. Telah dapat dipastikan lelaki itu adalah orang Melayu dan warganegara Malaysia, namun tidak dapat disahkan berasal dari negeri mana.

Menurut sebuah portal Northern Territory News, lelaki dari Malaysia itu bernama Afham Janil dan pasangannya pula bernama Keith Edwards. Mereka merupakan pasangan pertama yang melangsungkan perkahwinan di Australia.

lelaki melayu

Menurut Edwards, dia mula berkenalan dengan Afham sejak tiga tahun lalu dan mengikat tali pertunangan selama tiga bulan sebelum mereka memutuskan untuk berkahwin secara sah.

Walaubagaimanapun, masyarakat di sana memberikan reaksi positif terhadap pasangan itu dan gembira kerana kedua-kedua mereka telah menjumpai cinta sebenar mereka.

lelaki melayu

Sekiranya benar lelaki itu adalah warganegara Malaysia yang sudah hanyut apabila berhijrah ke luar negara, diharapkan agar ianya menjadi teladan kepada kita semua dan tidak melakukan perkara yang dilarang sama sekali oleh Islam.

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*