“Saya Tak Akan Buat Baby Shower” – Siti Nurhaliza

Hanya buat majlis doa selamat, itulah kata-kata penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila ditanya sama ada akan membuat majlis baby shower.Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid hanya mengadakan majlis doa selamat untuk menyambut kelahiran bayi sulung mereka.

Penyanyi ini tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengadakan majlis baby shower bagi menyambut kelahiran puteri sulungnya pada bulan Mac depan.

Majlis baby shower kini sering menjadi trend yang dibuat oleh para artis untuk menyambut kelahiran anak mereka.

Namun Siti Nurhaliza tidak ada perancangan membuat majlis baby shower, cukuplah hanya majlis doa selamat.

Majlis doa selamat yang yang akan dibuat hanya dihadiri ahli keluarga, anak-anak tahfiz dan rakan terdekat sahaja.

Ini komen Siti Nurhaliza:

Saya memang tidak ada perancangan untuk mengadakan sebarang majlis baby shower untuk menyambut kelahiran bayi sulung.

Baru-baru saya dan suami ada membuat majlis doa selamat yang dihadiri keluarga, anak-anak tahfiz serta rakan terdekat sahaja,”

Tindakan Siti Nurhaliza ini mendapat pujian ramai. Ternyata Siti tidak terikut-ikut dengan trend sekarang. Bagus sekali.

Sememangnya membuat majlis doa selamat adalah yang terbaik untuk menimang cahaya mata.

Sementara itu, kata Siti lagi, dia juga akan melalui proses berpantang selama 44 hari seperti wanita lain.

Kemudian, dia akan membuat latihan vokal serta mengembalikan tenaga untuk aktif semula dalam nyanyian.

Ini pendedahan Siti:

Sama seperti wanita lain juga, saya akan melalui proses berpantang selama 44 hari dan selain itu akan melakukan latihan vokal.

Saya juga akan mengembalikan stamina atau tenaga untuk aktif semula menyanyi selepas bersalin nanti,”

Bercerita mengenai lagu terbarunya berjudul Comel Pipi Merah, ia merupakan idea daripada lagu yang dinyanyikan oleh arwah bapanya untuk anak-anak serta cucu ketika kecil.

Suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikatakan turut menyukai lagu tersebut ketika pertama kali mendengarnya.

Ini pendedahan Siti:

Idea lagu tersebut saya ambil daripada arwah bapa saya sendiri yang suka nyanyikan untuk anak-anak dan cucunya ketika kecil.

Cuma saya ada ubahkan rentaknya sedikit. Pertama kali suami saya dengar dia dah tersengih dan sangat sukakan lagu itu,”

Sumber: mStar

Sumber: Sumber

Facebook Comments