PERMERGIAN NYA DITANGISI, AJAL JURUTEKNIK BERSENDIRIAN DI KUARTERS, DOMPET DAN MOTOR HILANG (7 FOTO)

Port Dickson : Dia insan yang sangat baik dan amat disenangi semua orang malah dicalonkan untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada Jun ini.

Permergian tragis bersendirian Juruteknik pergigian berusia 28 tahun ditemui mati dalam bilik di rumahnya di Kuarters Klinik Kesihatan Lukut, Port Dickson, 8.30 pagi ini mengejutkan rakan-rakan serta insan-insan yang mengenali dirinya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, mayat Mahusin Abd Rahim ditemui rakannya yang pergi ke rumah mangsa di tingkat empat kuarters berkenaan selepas dia tidak hadir bertugas sejak Jumaat lalu.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di atas tilam dan sudah membengkak dipercayai meninggal dunia lebih 72 jam sebelum ditemui.

“Polis yang menerima maklumat kejadian segera ke lokasi menjalankan siasatan. Berdasarkan pemeriksaan di rumah mangsa, kita (polis) tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau kelakuan jenayah.

“Bagaimanapun, dompet dan motosikal milik mangsa tidak ditemui. Kita masih menjalankan siasatan berhubung kehilangan itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Zainudin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat diperoleh.

Jenazah  Mahusin akan dibawa pulang ke kampung halaman nya di Kuala Krai Kelantan dan akan disemadikan disana semoga ada petunjuk mengenai kematian nya secara mengejut dan bersendirian dibilik tidur ruamah nya, jasad di temui terbujur kaku selepas 72jam kematian nya. Al fatihah.

sumber; www.accidentportal.com

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*