Kalau perasaan Norshafika gelap mata ni, beritahu dia Kak Fynn Jamal cari dia…

Kisah penipuan melibatkan pakej-pakej percutian bukanlah suatu perkara yang baru. Meskipun kerap berlaku, masih terdapat ramai yang menjadi mangsa kepada skim penipuan ini hanya kerana termakan dengan janji-janji manis scammer yang menawarkan pakej percutian yang menarik pada harga yang lebih murah.

Terbaru, Fynn Jamal turut berkongsi pengalaman bagaimana beliau menjadi masa kepada skim penipuan seperti ini baru-baru ini.

Salam, semua. Saja nak tumpang tanya. Kalau-kalau agaknya ada perasan Norshafika ini, boleh tak tolong beritahu dia Kak Fynn cari dia.

Tiada mahu buat apa-apa. Mahu bertanya saja. Apa yang dia mahu buat dengan duit banyak-banyak tu. 

Ceritanya macam ini. Seperti korang juga, aku suka membeli pakej, barang ataupun servis melalui Instagram dan Facebook. Beberapa minggu sebelum ke Al-Aqsa, aku mengambil keputusan untuk bercuti dengan anak beranak ke Grand Lexis, Port Dickson, sekiranya aku selamat pulang ke tanah air. Jadi, apa yang aku buat adalah cari destinasi dan pakej online.

Kemudian, seperti mana-mana scammer, batch pertama pelanggan mereka akan dilayan dengan sempurna, kumpulkan segala testimoni-testimoni yang bagus-bagus. Siap berdaftar dengan SSM, perniagaan pun sudah lama, reputasi pun elok. Jadi kita pelanggan baru pun berasa yakin mahu mengambil servisnya.

Pakej yang ditawarkan adalah Percuma 1 Malam, bermakna, bayar dua malam untuk harga satu malam. Maksudnya, RM1,000 ++ untuk 3H2M.

Sounds legit. sebab kadang-kadang pakej macam ini ada dijual di website Booking.com.

Jadi setelah pembayaran telah dibuat, resit pun dah dapat, invois pun sudah keluar. Dua hari sebelum ke Al-Aqsa, aku dapat mesej dariapda orang yang aku hubungi sebelum ini, Shafiqa gelap mata. 

Wallahi aku ok. Aku tidak marah pun. Entah. Alhamdulillah aku tenang. Tetapi bila aku terfikirkan nasib orang yang telah ditipu sehingga RM137,000 itu, lebih 130 pelanggan juga. 

Aku terfikir, tidak smeua mampu redha lebur begitu. Sebab aku kenal saja kawan-kawan yang menyimpan duit kaw-kaw untuk bercuti mewah sekali-sekala.

Lama juga aku berfikir, patut atau tidak aku cari Shafika ini secara terbuka sebab risau juga kalau jatuh kategori aibkan air mua. Tetapi aku terfikir, muka penjenyah most wanted memang orang akan tampal kat mana-mana. Sebab selagi dia bersembunyi, bahaya.

Maafkan aku, wahai ahli keluarga dan sahabat-sahabat Shafika. Ini sudah terpaksa sangat suda ini. Dia pun tidak tahu aku wujud. Memang aku minta pihak pengurusan tidak dedahkan aku guna servis mereka. sebab tanyalah mana-mana Instagram yang aku pernah beli barang daripada mereka, aku memang menjaga nama aku daripada disalahgunakan untuk benda-benda macam ini, “Fynn Jamal pun guna servis kami” sedangkan aku paying customer.

Aku minta Shafika tampil. Aku minta kawan-kawan dan keluarga jangan cuba sembunyikan dia. Bukti banyak. Semudah tunjuk resit pembayaran sajai ni. Tak tahulah kalau itu pun masih tidak mahu percaya.

Aku serius nak jumpa dia. Aku nak tanya je. Duit banyak-banyak hasil curi tu guna buat apa? Kalau beg, berbaloi ke? Kalau baju, tahan takat berapa lama? Itu saja

Sumber : Fynn Jamal
Sumber: Sumber

Facebook Comments