CheTa terkeejut, Aaisyah tak heran dengan mainan ToyrUs, rupanya lebih suka pergi kedai emas!

Anak dara pelakon popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin, sememangnya menjadi perhatian ramai. Mana tidaknya, dengan keletah yang comel serta pandai bergaya telah membuatkan Aaisyah Dhia Rana begitu popular sekali!

Namun semalam menerusi muat naik di Instagram, Rozita Che Wan mendedahkan anak gadisnya lebih meminati pergi ke kedai emas, berbanding ke kedai permainan.

Tambahan pula, jika dilihat foto yang dimuat naik anak gadis Rozita Che Wan ini sememangnya amat suka berhias dengan aksesori emas.

Rata-ratanya ramai yang memberikan maklum balas positif atas minat yang ditunjukkan Aaisyah. Mereka merasakan ia adalah suatu pelaburan yang terbaik.

Sumber : Rozita Che Wan

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*