Betty Rahmad Akui Awal Bersalin Agak Sukar Susukan Wira, ‘Keliru’ Susu Badan Cukup Atau Tidak

Tidak pernah lokek berkongsi kisah personal di ruang Instagram, Betty Rahmat mengakui dia sebenarnya sudah lali dengan setiap kecaman dan kritlkan netizen yang tidak pernah berpuas hati dengan segala apa yang dilakukan.

Namun tegasnya, itulah rislko yang harus dihadapi apabila bergelar selebriti. Setiap apa yang dilakukan pasti menjadi perhatian.

“Saya tidak kisah kerana jika kita memilih untuk berkongsi dengan umum, jadi bersedialah dengan setiap pendapat yang dikeluarkan.

“Kalau tidak mahu pandangan netizen, jangan kongsi apa-apa,” katanya kepada MH.

Punya latar keluarga hebat dalam dunia seni, namun Betty menegaskan tidak mahu mencatur perjalanan seni buat permata hati, Ardy Wira Ardy Shafiq.

Walaupun akur populariti Wira kini melangkau namanya sendiri, namun jelas Betty, biarlah Wira hanya menjadi tatapan peribadi dia dan suami.

“Secara jujurnya tidak pernah ada niat untuk membuat dia popular. Saya hanya cuba berkongsi kegembiraan dan mahu semua gembira bila melihat dia.

“Buat masa ini, saya tiada perancangan untuk membawa dia masuk ke dunia hiburan. Lagipun saya dan suami telah berbincang dan sependapat bahawa biarlah dia pilih sendiri jalan hidup,” katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Bugaboo Ant di The Gardens Kuala Lumpur.

Kini berusia lima bulan dan seberat 10 kilogram, ulas Betty, pada awal kelahiran, dia terpaksa bergelut dengan hakikat bahawa sukar untuk menyusukan anak sendiri.

Memang sangat mencabar sebab saya tidak tahu cara yang betul untuk menyusukan anak waktu mula-mula lahir dahulu.

“Malah saya sendiri sejujurnya tiada idea bagaimana mahu mendapatkan susu yang banyak.

“Kadang kala keliru sama ada susu saya cukup atau tidak, adakah terlalu cair, tapi setelah diselidik, rupanya memang bayi lelaki kuat menyusu. Syukur, sekarang dia sudah mula minum 5 aun setiap kali menyusu. Wira sudah tumbuh lima batang gigi,” akhirinya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Betty Rahmad via MH

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*