Bayi Diberi Nama ‘Google’ Terima Hadiah Dari Google, Ini Reaksi Netizen!

Beberapa minggu lalu tular dengan kisah sepasang suami isteri yang memberikan nama kepada anak mereka, ‘Google’.  Agak unik apabila nama syarikat itu dipilih sebagai nama buat anak mereka, akhirnya berita ini mendapat perhatian syarikat Google itu sendiri.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, ibu kepada bayi berkenaan sendiri ragu-ragu dengan keputusan mereka memberikan nama anaknya Google.

Terbaru, syarikat Google Indonesia sendiri telah menghubungi keluarga berkenaan untuk mengirimkan satu kejutan buat mereka.

Kejutan tersebut dihantar menggunakan teksi di dalam sebuah kotak. Biarpun begitu, menurut laporan pasangan suami isteri itu tidak mahu mendedahkan hadiah kejutan yang diterima mereka.

Berita mereka menerima hadiah dari Google ini sekali lagi menarik perhatian netizen.

Ada di antara netizen yang mahu menukar nama mereka kepada beberapa jenama terkenal seperti berikut:

Perkongsian itu kemudiannya menjadi bahan tertawa netizen lain yang kemudiannya meninggalkan komen seperti berikut:

“Tang bapak Tealive je, kenapa tak Starbucks terus?”

“Tapi memang benar wujud ya nama kereta contohnya seperti Muhammad Audi”

“Mudah terhibur baca”

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Tribunnews / Twitter via HCL

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*