Bapa terkejut, balik rumah tengok buaya belaan tengah berebut ratah kepala anak usia 2 tahun

Belaan makan tuan. Itulah yang dapat digambarkan mengenai kejadian yang berlaku di Siem Reap, Kemboja, apabila seorang kanak-kanak maut dibaham beberapa ekor buaya belaan keluarganya.

Menurut laporan media, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, dikenali sebagai Rom Roath Neary , itu difahamkan telah memanjat kolam buaya.

Malangnya, mangsa telah terjatuh ke dalam kolam buaya tersebut dan diratah hidup-hidup oleh haiwan buas berkenaan, sebelum disedari oleh bapanya yang baru sahaja pulang ke rumah.

Ibu tak perasan anak panjat kolam buaya

Ketika kejadian berlaku, ibu mangsa baru melahirkan anak dan sedang sibuk menguruskan anak bongsu sehingga tidak menyedari bahawa anaknya, Rom, telah keluar bermain di kawasan kolam buaya.

Buaya tengah berebut kepala anak

Lebih memilukan, mangsa ditemui oleh bapanya dengan keadaan yang amat mengerikan, iaitu hanya kepala sahaja yang tinggal manakala anggota badan lain telah habis dibaham buaya.

” Apabila dia mencari Rom di sekitar kolam buaya, dia terkejut apabila melihat haiwan itu sedang berebut kepala anaknya yang sudah terputus…”

Sumber : Harian Metro & Mail Online

 

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*