Apa Yang Shiela Rusli Cakap Kat Ziana Zain ‘Sampai Menangis Kawan Tu’ ??.

Penyanyi dan pelakon terkenal Ziana Zain telah meminta ruang dan privasi selepas berita yang berlaku semalam bahawa suaminya ditangkap kerana menyebabkan kecederaan kepada anak lelakinya yang berusia sembilan tahun.

Namun Ziana, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, terus berdiam tanpa sebarang kenyataan. Awal hari ini, Ziana telah melontarkan kata-kata di Instagram apabila dia memaparkan gambar dengan kata-kata

“Jangan menghakimi hidup saya jika anda tidak melaluinya”

Dalam beratus komen yang diterima, ada juga yang meninggalkan komen negatif pada Ziana sehinggakan mengundang kemarahan peminat-peminatnya.

Kata-kata yang dilemparkan oleh netizen atau lebih mesra dipanggil ‘Haters’ ini sungguh tak berhati-perut. Mudah sekali dia menjatuhkan hukum dan menyebarkan fitnah sesuka hati.

Sheila Rusly Tampil Beri Nasihat

Jika dilihat pada komen-komen yang diberikan pada Ziana, ada juga yang membuat andaian yang bukan-bukan tentang kes ini seolah-olah seperti mereka duduk sebumbung dengan Ziana. Hebat Mak Cik Bawang versi Malaysia ni.

Perkara ini turut disedari oleh pengarah dan penerbit popular Sheila Rusly dengan meninggalkan komen iaitu nasihat kepada Ziana Zain supaya lebih kuat dalam menempuhi dugaan ini.

Sheila juga turut menasihati Ziana supaya tidak mengambil peduli dengan kata-kata netizen atau haters yang tak henti-henti membuat spekulasi yang bukan-bukan terhadap dirinya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Ziana tabah dan kuat hadapi ujian besar ini dan sama-sama kita doakan semoga kemelut ini segera berakhir.

Sila Lihat Video:

Sumber : hangat.com

Sumber : dharian

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*