“Alhamdulillah, semuanya dah selesai…” – Nur Sajat bawa peguam dan ibu bapanya bertemu dengan JAKIM

Setelah video yang dimuatnaik oleh Papa Gomo dan diikuti pula dengan surat terbuka yang ditulis oleh Dr. Izwan Yusof yang merupakan pegawai JAKIM di Facebook sejak semalam, Nur Sajat hari ini telah membuat keputusan untuk pergi bertemu dengan Dr. Izwan di pejabatnya.

Pertemuan empat mata di antara jutawan kosmetik Nur Sajat dengan Dr. Izwan Yusof yang merupakan Penolong Pengarah Kanan JAKIM di wisma miliknya di Shah Alam itu telah mendapat perhatian ramai netizen di Malaysia.

Sajat yang ditemani oleh peguam peribadi dan ibu bapanya disepanjang tempoh hampir sejam itu berkata pertemuan itu berjalan dengan baik selepas pihak Jakim mendapat pencerahan dan segala persoalan yang ditimbulkan.

“Alhamdulillah saya baru selesai terima ziarah daripada Jakim. Apa yang boleh saya katakan, perjumpaan tadi berlangsung dengan lancar dan aman.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mengambil berat mengenai saya sehingga viral,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya adakah beliau sebenarnya keberatan untuk bertemu dengan pihak JAKIM, berikut jawapan Nur Sajat :

“Sebagai seorang yang rasional, mengapa perlu saya tolak.”

Sajat turut meluahkan rasa terkilannya terhadap sesetengah pengguna laman sosial yang suka mengeluarkan kata-kata kesat dan kurang sopan setiap kali memberi komen di laman peribadi miliknya.

“Saya tidak kisah jika mereka menegur saya dengan cara yang baik tetapi ada sesetengah mereka terang-terangan menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya.

“Jakim sendiri menghubungi saya dan bercakap dengan cara baik tetapi mengapa mereka yang kononnya ustaz dan ustazah di media sosial hingga mencaci maki,” katanya.

Sumber : HMetro
Sumber: Sumber

Facebook Comments